Wordpress Themes










Eleen’s Convocation Day – Universiti Malaya













El+Anis – The Engagement – Raub, Pahang

“ibu pergi mekah nanti jaga diri elok-elok, jangan nakal-nakal”, pesan ibu beberapa hari sebelum bertolak ke mekah untuk menunaikan haji 16 tahun lalu

aku menyelubung diri dalam selimut, menangis teresak2 namun cuba tidak membuat bising, biasalah budak-budak baru mumai-iz, baru darjah dua, 8 tahun, adik aku(ayuni) pulak baru 3 tahun, bajet anak manja

di airport aku menangis lagi, masih segar waktu itu, sungguh meriah, semua orang turut serta menghantar, ibu-ayah pergi dengan atok, andak(nenek saudara) menjaga kami sepanjang ketiadaan ibu-ayah, Alhamdulillah ibu-ayah selamat pergi dan selamat pulang

baru-baru ni ibu-ayah pergi mengerjakan umrah, rasanya utk kali ke 3, tapi kali ni berbeza, dua daripada anak mereka dah berkahwin, beserta 3 orang cucu, semuanya hero, di airport semua buat muka tenang, takde sedih-sedih macam dulu, ummu(adik last) pun tenang, beberapa tahun lepas masa ibu-ayah pergi umrah dia “meragam” juga

masa ibu-ayah turun ke balai berlepas melalui “escalator”, sesuatu menarik perhatian aku, abaikan jeritan akid yang nak ikut nenek dia, ibu-ayah berjalan bersama ke balai berlepas, sedikit pun tak renggang, apa yang aku nampak ia adalah kitaran kehidupan, ibu-ayah hampir memasuki fasa dimana semua anak akan besar, berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri, kali ni kami jaga diri sendiri dan tengok-tengokkan yang lain, andak pun tak datang dah

“ibu pergi mekah nanti jaga ummu, dia tinggal sorang, sembahyang dgn puasa jangan tinggal…”, pesan ibu pada aku beberapa hari sebelum berlepas ke mekah, kali ini ibu yang menangis

walau apa kitaran kehidupan, walau apa fasa yang bakal ibu-ayah masuk, ibu-ayah akan selalu di ingatan, Insha Allah, I love u ibu-ayah

*senang je jadi irfan(anak angah), “byeeee, see u soon”, sambil lambai atok-nenek dia, rilek je

HAFIZ ATAN aka HPP
Junior Photographer
Candidsyndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel : 012 2177381
Email : hafizatan@candidsyndrome.com
Website : http://www.hafizatan.com/
Blog : http://blog.hafizatan.com/
ym / facebook / twitter / myspace / friendster : afiidzz@yahoo.com










Phewww, lama rsnya x update blog ni,
last two week aku diterbangkan ke kedah menaiki bas, haha, sepatutnya naik plane tp ada last min job dekat bangi hari sabtu, 3 jam lps habis job tu aku terus ke stesen bas bukit jalil, naik bas waktu malam sangat syok, lagi2 kalau perjalanan jauh, balik pulak aku naik plane, busy betul aku week tu, penat tu biasa lah, kerja kan, tp seronok, Zainab punya hospitaliti terbaik, boleh pulak dia suruh aku rehat masa tengah event, haha, mana boleh, Zainab adalah student di UK x silap aku, Shah pulak lecturer di German Malaysia Institute, perkahwinan jarak jauh ni, apa2 pun semoga korang berbahagia dan dikurniakan anak yang ramai, study elok2 ok Cik Nab!

*seronok dgr org study jauh2

HAFIZ ATAN aka HPP
Junior Photographer
Candidsyndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel : 012 2177381
Email : hafizatan@candidsyndrome.com
Website : http://www.hafizatan.com/
Blog : http://blog.hafizatan.com/
ym / facebook / twitter / myspace / friendster : afiidzz@yahoo.com





Fiza Sabjahan, pengacara Wanita Hari Ini yang bersiaran di TV3 dan juga bekas pengacara Nona, adik Fiza ni kawan aku, dia bg green light utk shoot wedding ni, aku shoot sikit je, selain excited dapat jumpa Wardina , pantun dari Fetri Yahya memang terbaik , aku tersengih sorang-sorang dengar pantun dia, ty Aton Sab Jahan sebab jemput, untuk Fiza+Farhan aku ucapkan Selamat Pengantin Baru

*Mayfair tak cari spokeperson lelaki ke? xD

HAFIZ ATAN aka HPP
Junior Photographer
Candidsyndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel : 012 2177381
Email : hafizatan@candidsyndrome.com
Website : http://www.hafizatan.com/
Blog : http://blog.hafizatan.com/
ym / facebook / twitter / myspace / friendster : afiidzz@yahoo.com





















HAFIZ ATAN aka HPP
Junior Photographer
Candidsyndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel : 012 2177381
Email : hafizatan@candidsyndrome.com
Website : http://www.hafizatan.com/
Blog : http://blog.hafizatan.com/
ym / facebook / twitter / myspace / friendster : afiidzz@yahoo.com




Ahmad Shuraim Abqori bin Sahuri + Ayah&Ibu

hari pertama

“alang!”, teriak ibu separuh berbisik

“awak punya lesen dah lama mati tau, pergi renew, ayah tau mengamuk nanti”, tambah dia

“________”, aku membisu

“kalau betul pun dah mati, bukan polis tahu pun, tak kena saman punyalah”, bisik fikiran pendek aku yang baru diaktifkan jam 1 lebih tadi

hari kedua

“awak dah renew belum?”, teriak ibu menjagakan tidur aku tengah hari tu

“dahhhhhhhhhhhh”, sahut tanggang

“ibu cek kat JPJ belum renew”, tambah ibu

“percaya boleh x?”, tanggang

“tak payah lah nak provok-provok”, rungut tanggang dalam hati

semalam petang lagi aku dah renew, hampir sebulan woo aku terlewat, nasib baik la koleksi road tax milik ayah di cermin depan kereta sentiasa berjaya mengaburi polis-polis trafik setiap kali roadblock, siapa pernah naik kereta aku mesti perasan, “cukupkan 10 tahun baru tanggal semua sticker roadtax tu, boleh dapat payung free”, kata ayah

selang dua hari

dalam perjalanan pulang ke rumah aku melalui sebuah bulatan

“damn!, salah simpang lagi”, rungut aku

patutnya simpang satu lagi, ini bukan kali pertama, bukan juga kali kedua, tanpa berfikir panjang aku membuat pusingan di hadapan pintu sebuah kilang tinggal

tiba-tiba

satu lembaga “gelap” menuju kearah aku, meminta aku berhenti, aku cool, tidak dibuat-buat

“saya salah jalan la”, sapa aku memula bicara

“ye ka?, prosedur tetap prosedur” lembaga tadi membalas

aku memberikan kerjasama, aku semakin cool menangani situasi begini, pengalaman mendewasakan bukan?

sebelum beredar lembaga tadi berpesan dengan suara halusnya, bahasa melayunya sungguh teratur

“lain kali kalau salah jalan, lepas roadblock baru pusing”

rupanya ada roadblock 500m dari situ, aku pun baru perasan masa aku mula-mula nampak polis india ni tadi

MORAL of the story?

*ty Kak Anis belanja kami makan after shoot hari tu, b4 shoot pun bagi makan, masa shoot pun siap hidang air, kirim salam kat Shuraim ye, tempat yang kami nak shoot tp shuraim tido tu lawa la, tempat tanam daun petrol tu, leh x suka2 je masuk shoot pengantin kat situ?, hehehe

HAFIZ ATAN aka HPP
Junior Photographer
Candidsyndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel : 012 2177381
Email : hafizatan@candidsyndrome.com
Website : http://www.hafizatan.com/
Blog : http://blog.hafizatan.com/
ym / facebook / twitter / myspace / friendster : afiidzz@yahoo.com
























“1,2,3 smile” dalam french ape eh mas? terlupa dah

“this is the most beautiful wedding i ever attend”, bukan sebab grand tapi dari sudut budaya, bayangkan chinese and mat saleh pakai baju kurung, sari dan baju punjabi,  kawan-kawan marco dari france pula pakai kurta, ditambah dengan sari dan baju melayu bewarna-warni

majlis dijalankan penuh adat, lengkap dengan berbalas pantun, suap-menyuap manisan dan susu dan menepung tawar, malam sebelumnya pula diadakan malam berinai

yang paling mengujakan majlis dilakukan secara dwibahasa, english and french, macam tengok tv dengan subtitle, yang bestnya bila ada something yang kelakar orang yang faham english akan gelak dahulu, aku pula gelak sorang-sorang sambil ready nak tekan shutter, tunggu turn orang french gelak pula, apa-apa pun congratulation to Marco+Jihan, wish u both a wonderful life together, nanti aku upload reception diaorang pula

walla!*this is it in french*

*bila dah ada anak esok, mesti dia menangis setiap kali nak hantar pergi rumah penjaga/nurseri, be ready!, dulu pun kita camtukan xD

HAFIZ ATAN aka HPP
Junior Photographer
Candidsyndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel : 012 2177381
Email : hafizatan@candidsyndrome.com
Website : http://www.hafizatan.com/
Blog : http://blog.hafizatan.com/
ym / facebook / twitter / myspace / friendster : afiidzz@yahoo.com

93, 94, 95…

“nah sapu kat badan awak, lagi cepat lemak terbakar”, ibu

“ape tu?”, aku

“sapu kat perut”, ibu

“xmo, tengah exercise ni, berpeluh”, aku

96, 97, 98…

“lagi bagus, lagi cepat berkesan”, ibu

“xmo”, aku

menurut ibu, krim ni ada dua jenis, yang ini buatan Malaysia, lagi satu buatan luar negara, dapat free masa beli treadmill, lagi kuat effect dia

keesokan harinya

sebelum memulakan sesi senaman aku saja menjenguk ke bilik ibu, dengan niat “mengambil berat”, ikhlas ni

“awak cari krim ke?”, ibu bertanya dengan tiba-tiba, betul-betul punya tiba-tiba

“ini kuat ni, dapat free masa beli treadmill”, sambil menghulurkan kotak berisi krim tersebut

“sapu sikit je, ibu dengan angah*kakak* tak tahan, 2 hari pun tak hilang effect dia”, tambah ibu

“kalau tak nak kuat pakai yang ni”, sambil menunjukkan krim yang satu lagi, buatan Malaysia

“MANA MAIN BUATAN MALAYSIA,  takde hal punya lah”,  sorak hati aku, memenangkan krim buatan luar negara

aku masuk ke bilik, menanggalkan baju dan seluar, sepintas lalu membaca arahan , tanpa berlengah aku tepekkan krim di semua bahagian-bahagian bermasalah  di tubuh aku*ayat smart shop*

“sapu sikit je”, kata-kata ibu terngiang-ngiang di telinga aku

“macam tak cukup je”, bisik hati aku

tanpa berlengah aku sapu lagi satu lapisan

“tiga baru cukup”, bisik hati aku lagi

aku sapu lagi, menjadikan jumlahnya tiga lapisan

aku menuju ke depan tv dengan niat memulakan sesi senaman, saat itu aku mula terasa bahang kepanasan

1, 1 ⅓…

bahang, aku terduduk di mesin senaman sebentar, hasrat untuk bersenam terbantut, aku menjadi tidak keruan, aku jengah ke bilik ibu

“dah start rasa panas”, kata aku

“ibu dah cakap kan, awak sapu banyak ke?”, ibu

“banyak kot”, jawab aku lalu meluru masuk ke bilik

aku set kipas ke kelajuan maksima lalu aku baring di bawahnya

panas makin memuncak, tiba-tiba aku dibasahi peluh, aku keluar mencari kipas berdiri, aku baring kembali, baju dibuka lalu dijadikan alas kepala, panas makin dasyat, terangkat-angkat badan, tak duduk diam, aku cuba bertahan, makin panas, peluh menitik-nitik, aku cuba alihkan fokus dengan memikir benda lain seperti yang selalu aku lakukan ketika menahan nafas dalam air, namun tidak berjaya

aku capai tuala lalu menuju ke bilik air *part ni sensored*

aku siram badan dengan air getah, tak cukup dengan itu air pancut pula dibuka, aku cuba hilangkan krim tadi, aku sental-sental, ternyata sia-sia, badan terasa lebih panas macam terbakar, aku siram depan, belakang sakit, begitu juga sebaliknya, seakan kurang berhasil, aku sental pula dengan sabun, masa ni badan aku betul-betul terbakar, siap ada api*exaggerate lebih*, sepanjang masa di dalam bilik air aku terlompat-lompat dan terpusing-terpusing, bukan seperti cacing kepanasan, tapi kijang kepanasan, macam orang tengah shuffle pun ada, serius

selesai seksaan pertama, aku kembali ke bilik *part ni lebih sensored*

aku merapatkan badan ke kipas, sangat rapat, aku mengelap badan dengan harapan semua krim tadi tertanggal, aku optimis walaupun masih terlompat-lompat dan terpusing-pusing macam tenggiling tanpa henti, tiba-tiba aku teringat pesan tok chik yang megurut kaki aku tempoh hari, “kalau tak sakit macam mana nak baik”, percubaan menyedapkan hati berjaya seketika, peluh masih lagi menitik2, aku capai baju berhampiran untuk dijadikan kain lap badan, sekejapan baju tu basah, situasi yang sama juga berlaku, aku halakan kipas ke bahagian depan, belakang panas dan sebaliknya, setelah hampir 30 minit idea datang, aku cuba mengemas bilik yang sudah lama terabai sambil diekori rapat oleh sang kipas, ternyata percaturan kali ini berhasil, aku berjaya mengalihkan fokus sedikit sehingga rasa panas berkurangan, Alhamdulilah

satu lagi nasihat tok chik muncul dengan tiba-tiba ,”kalau nak bagi baik urat kaki ni, mula-mula kene urut dia manja-manja dulu”,  sila apply nasihat ini jika anda menggunakan krim pembakar lemak yang baru dibeli, krim lain pun boleh, jangan tepek sekali banyak, sikit-sikit dulu ye

keseluruhan “nearly death experience” ini berlaku hampir 2 jam, benar-benar menyeksakan, macam-macam aku fikir, dunia dan akhirat, dan lebih mengharukan ia terjadi di hari ke 50 aku tidak makan nasi, syabas!

apa-apa pun next aim is “3 bulan tanpa nasi”, doakan aku ye!








je suis Mas, j’ai vingt six ans, aujourd’hui, je voulez parler en francais, pour le votre information, j’apprend le francais quand j’etais en ecole, j’apprend le francais avec pile ou face, tu es comprend?

*dicuri dari blog mas

mana member-member french aku? terasa janggal pula hari ni, semalam dengan kelmarin penuh orang french dekat majlis Jihan+Marco, it was my best wedding I ever attended, 3 events, 2 events on friday, 1 event on saturday, it was awesome!

gambar atas ni diambil masa sambutan “belated” birthday nor kat andalus, nor ni kawan kepada kawan aku, farah, memang meriah diaorang ni, lepas tu pergi karaoke dekat kepong, kalau nak tahu lebih lanjut visit farah, ty nor and farah for invited me, oh lupa, those photos taken using my new 1.4 50mm, without flash, how was it?

*akan datang semua orang tak pakai telefon/telefon bimbit untuk berhubung










HAFIZ ATAN aka HPP
Junior Photographer
Candidsyndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel : 012 2177381
Email : hafizatan@candidsyndrome.com
Website : http://www.hafizatan.com/
Blog : http://blog.hafizatan.com/
ym / facebook / twitter / myspace / friendster : afiidzz@yahoo.com























Khabar apo yoh bapak-bapak ama ibu -ibu?, moga-moga sihat walafiat hendaknya, langsung pancaran dari kota Banting, kali ini berada di majlis pernikahan pasangan yang paling ngetop skali , bung fared ama mbak maliah , majlis resepsinya nya yang sangat meriah, ini juga pertama kali buat aku mengshoot “double wedding” yang mana, perkhawinan ini berlangsung ama dengan adiknya mbak maliah, neng yanti ama iseng cintanya bung adi, kalau hadirin mau tau yah, si bung farid itu merupakan anak pengasas produk kosmetik de’ wajah loh, Junaidah Kitting, pastinya mbak maliah selalu kelihatan jelita dari kebiasaanya selepas ini, apapun tahniah diucapkan ama mempelai, aku di sini jadi enak dan aman yang pasti seronok ama dowang, nitip pesan salam ama si Anahita si cewe manis

* jika de’ wajah mau ngeluarin produk pelangsingan tubuh, ambil saya jadi juru cakapnya xD

HAFIZ ATAN aka HPP
Junior Photographer
Candidsyndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel : 012 2177381
Email : hafizatan@candidsyndrome.com
Website : http://www.hafizatan.com/
Blog : http://blog.hafizatan.com/
ym / facebook / twitter / myspace / friendster : afiidzz@yahoo.com